Musim demi musim kian berubah.
Masa demi masa kita makin berkisah.
Kadangnya indah kadangnya parah.
Seperti juga aku.
Mungkin selepas lebih kurang dua tahun aku menyepikan blog ini, banyak cerita yang aku tambah dan mungkin juga ada hati yang ranah.
*dua tahun berlalu pasti ini bukan zaman blogging lagi ya?
Biarlah sahaja aku menulis. Kerana kondisi hati sama jua seperti dua tahun lalu.
Dan seperti dua tahun yang berbeza aku kini sudah dua puluh dua. Masa berubah dan pastinya aku bukan di takuk yang sudah. Mungkin ada sedikit kejayaan kecil dan mungkin juga sebanyak kegagalan yang besar.
Cik Savior.
Gadis tambah dua tahun yang menyelamatkan aku dari kegagalan yang lebih dalam. Dan sepanjang setahun perkenalan kami, aku bersyukur pada Tuhan kami dipertemukan.
Mungkin Tuhan ada rancangan yang lebih baik, dia tak panjangkan jodoh kami. Tapi apa yang ku harap dia terus bahagia dan dengarnya mahu meniti hari bahagia. Yang mungkin tak dapat aku berikan jika kami masih berteman.
Tuhan juga beri aku ruang. Samaada peluang atau rahmat, syukur alhamdulillah yang amat.
Dan dari transisi Summer, Autumn Spring (Cik Savior), mon-Ami datang sebentar.
Di manakah mereka?
Sekadar tertanya. Summer sendiri aku tahu dia di China. Spring aku pasti baginya aku stranger semata(asalkan awak bahagia). Autumn di mana?
H.
Aku di Kuala Lumpur. Dan seringkali aku teringat adakah mampu kami tersempak di hutan batu yang taklah sebesar mana ini.
Jika kami tersempak adakah kami berani menegur. Atau terus menjadi stranger sampai bila.
Dan sampai bila pula mon-Ami nak terus merajuk. Sebab aku kian sibuk sedang kami cuba mula berputik?
Sedang mendengar The lights that never goes by The Smiths.
To die by your side is such a heavenly way to die.
Dan seterusnya mendengar How to dissappear completely by Radiohead.
Adakah aku juga mahu menghilang diri selamanya?
Its 2013,but still sedangkan loser ingin in love.



